CYBERJAYA: Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tiada kuasa untuk mengarahkan penyedia platform media sosial termasuk TikTok menurunkan mana-mana kandungan.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata ia sebenarnya tanggungjawab dan keputusan penyedia platform itu sendiri.
Mengambil TikTok sebagai contoh, beliau berkata, walaupun SKMM meminta sesuatu kandungan diturunkan, ia tidak bermaksud mereka akan akur kepada kehendak berkenaan.
"Sekiranya pihak platform menurunkan sesuatu content, mereka tidak akan memaklumkan kepada kementerian mahupun saya tentang cara yang mereka gunakan untuk mengekang akses kepada konten tersebut.
"Itu bukan hak saya untuk mengarah mereka... Cuma saya ambil kesempatan untuk menjelaskan, saya tidak mengarahkan ataupun tidak ada kuasa pada waktu ini untuk meminta mana-mana platform melakukan apa-apa,"katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan E-Farmasi Penyelesaian Digital Pusat Penjagaan Kesihatan Generasi Baharu oleh Unifi Business di TM Digital Academy, Universiti Multimedia, Cyberjaya pada Khamis.
Tambahnya lagi, apa-apa langkah yang sedang dilaksanakan sekarang adalah berdasarkan kerjasama dengan penyedia platform media sosial sahaja.
Semalam di Dewan Rakyat, Datuk Radzi Jidin (PN-Putrajaya) bertanyakan kepada Fahmi sama ada Kerajaan ada mengeluarkan arahan untuk menurunkan video berkenaan dari platform TikTok.
Sehubungan itu, Radzi turut bertanyakan kepada Fahmi jika elemen 'geofencing' digunakan untuk mengehadkan akses kiriman beliau kepada pengguna di luar Malaysia.
Fahmi bagaimanapun menafikan perkara itu dan meminta Radzi supaya tidak membuat tuduhan sembarangan.
Pia Ernadya
Thu Mar 14 2024
Fahmi berkata, walaupun SKMM meminta sesuatu kandungan diturunkan, ia tidak bermaksud penyedia platform akan akur kepada kehendak berkenaan. - Foto Astro AWANI
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Pengawal selia tempa haluan untuk inovasi yang mampan dan selamat pada IRC 2024
Menghimpun pengawal selia serantau dan pemimpin industri dalam membincangkan usaha mengimbangi dasar dan amalan bagi mendepani cabaran dalam industri komunikasi dan multimedia.
SKMM sita telefon bimbit milik Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo
Setelah selesai siasatan, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut.
SKMM rakam percakapan Che'gubard, Salim, Papagomo esok
SKMM mengesahkan memanggil pempengaruh media sosial Chegubard, Salim Iskandar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) untuk rakaman percakapan pada Rabu.
Kandungan mudarat di media sosial meningkat ketara - SKMM
Kandungan memudaratkan itu termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu.
'Saya tiada kuasa arah turunkan kandungan media sosial' - Fahmi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tiada kuasa untuk mengarahkan penyedia platform media sosial termasuk TikTok menurunkan mana-mana kandungan.
Telegram sedia bekerjasama dengan SKMM perkemas isu kawal selia platform - Fahmi
Fahmi berkata selain isu kawal selia platform berkenaan, perbincangan yang berlangsung dalam suasana positif itu, turut memberi fokus berkaitan teknologi baharu serta kecerdasan buatan (AI).
Ugutan bunuh Nik Elin: PDRM minta bantuan SKMM
PDRM memohon bantuan dari pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk mengenal pasti pemilik akaun media sosial yang terlibat.
2 warga China didenda RM50,000 guna alat komunikasi tidak diperakui
Dua lelaki warga China masing-masing didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui SKMM.
Dokumentari di Netflix: Najib hantar surat kepada Fahmi, SKMM
Peguam Datuk Seri Najib Tun Razak menghantar surat kepada Menteri Komunikasi serta SKMM berhubung penyiaran dokumentari Man On The Run di Netflix.
KKD terbuka wujudkan akta khusus untuk buli siber - Teo Nie Ching
Ketika ini kes buli siber adalah satu jenayah di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia dan Seksyen 233 Akta SKMM 1998.